Halaman

Subscribe Twitter

Thursday, November 25, 2010

Sepuluh Mimpi Dan Tafsirannya

Setiap orang pernah bermimpi yang hampir menyamai kejadian dalam hidupnya.  Bertahun-tahun manusia cuba untuk mentafsir imej yang mereka nampak di dalam mimpi.  Sesetengah tafsir mimpi adalah sangat mengarut manakalah ada pula yang mudah difahami.  Berikut ialah tafsir mimpi yang paling biasa dialami oleh kita.    Terletak pada anda sama ada untuk mempercayainya kerana anda tentu mempunyai pengalaman sendiri tentang mimpi.  Tapi, perlu diingat yang ini hanyalah tafsiran sahaja. Setiap kejadian yang berlaku, telah disuratkan Allah.


10  Masalah Kereta

Dalam mimpi jenis ini, anda biasanya berada di dalam ataupun berdekatan dengan kereta (dan kenderaan lain) di mana kereta bermasalah. Sebagai contoh, kegagalan brek berfungsi, rosak tepi jalan, kemalangan, hilang kawalan, terjun gaung dan sebagainya. Anda pula mungkin pemandu atau penumpang kereta berkenaan.  Mimpi seperti ini sangat popular dan biasa dialami oleh semua orang termasuk yang tidak tahu memandu. 

Tafsir : Mimpi sebegini selalunya bermakna anda berperasaan kurang bertenaga  dan tidak berkeyakinan dalam kehidupan. Anda juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati memandu di jalan raya… kot-kot ler kejadian itu benar-benar berlaku…


9  Kerosakan Alatan Mekanikal


Dalam mimpi anda, anda berusaha untuk mengendalikan peralatan yang rosak dan tidak berfungsi.  Kebanyakan mimpi sebegini membabitkan telefon, sama ada ia tidak dapat mendail, tiada liputan, mahupun tersalah dial nombor.  Ia juga mungkin tiada liputan talian broadband anda, ataupun peralatan mekanikal kegemaran anda berkecai akibat jatuh. 

Tafsir : Mimpi ini menunjukkan anda hilang keyakinan diri.  Kadang-kadang ia juga disebabkan oleh kegagalan anggota badan berfungsi seperti sepatutnya. Ianya juga berlaku kerana anda begitu ghairah untuk menghubungi atau berhubungan dengan seseorang dalam kehidupan sebenar anda.


8  Sesat dan Terperangkap


Anda bermimpi terperangkap, ditanam hidup-hidup, tidak dapat bergerak tanpa sebarang alasan. Anda berusaha untuk mencari jalan keluar tapi tiada petunjuk. Dalam mimpi sebegini, anda akan terjaga dalam keadaan ketakutan dan berpeluh.

Tafsir :  Mimpi ini bermakna anda terperangkap dalam kehidupan sebenar di mana anda tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Anda akan mengalami mimpi sebegini apabila menghadapi konflik dalam kehidupan sebenar.


7  Tertinggal Kapal Terbang Atau Perkhidmatan Awam



Anda bermimpi di mana anda tergesa-gesa mengejar bas, komuter, kapal terbang atau apa-apa sahaja khidmat pengangkutan awam – tapi anda gagal.  Biasanya hanya dalam beberapa langkah atau saat sahaja.  Anda juga berkemuningkinan bermimpi lewat ke tempat kerja di mana anda terlibat dalam presentation atau mesyuarat, di mana apabila anda sampai, semuanya sudah bermula tanpa anda. Akhirnya anda akan merasa kecewa.

Tafsir :  Ini menunjukkan anda berasa terlepas beberapa peluang keemasan dalam kehidupan sebenar.   Kebiasaannya mimpi sebegini berlaku apabila anda sedang berusaha untuk memberi keputusan penting dalam hidup.

6  Gagal Dalam Peperiksaan


Mimpi ini seringkali memanipulasi orang yang meninggalkan pelajaran dalam tempoh agak lama dan mempunyai keinginan tinggi untuk lulus.  Dalam mimpi ini, anda anda gagal mencari bilik peperiksaan, tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang mencukupi, tertinggal alat tulis, dan tidak bersedia kerana sikap mengambil mudah dalam pelajaran.

Tafsir :  Maknanya anda berasa diuji dalam setiap perbuatan anda dalam kehidupan sebenar. Kemungkinan juga anda memang belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar atau melakukan sesuatu perbuatan yang salah dalam kehidupan.

 

5  Sakit atau Mati



Dalam mimpi, anda atau orang tersayang mengalami demam, kecederaan dan mungkin mati.  Ia mimpi yang biasa sebenarnya, jangan terkejut. Biasanya berlaku semasa sedang sakit atau demam.

Tafsir : Anda sebenarnya berasa terganggu dari segi emosi  atau risau jika dikecewakan. Mimpi ini juga mungkin amaran untuk anda agar sentiasa mengambil berat akan kesihatan diri dan juga yang tersayang.  Bermimpi orang lain yang mati, bermakna sebahagian dari diri anda seakan-akan ‘mati’. Mimpi ini juga mungkin menunjukkan anda benar-benar mengharapkan orang yang dimimpikan itu benar-benar ‘pergi’, atau anda takut akan kehilangan mereka.


4   Dikejar


Bermimpi dikejar memang menakutkan. Ditambah dengan yang mengejar itu ialah raksasa, orang yang menakutkan ataupun haiwan. 

Tafsir : Anda berasa takut akan sesuatu atau seseorang. Ia juga kadangkala sebagai kepada perbuatan yang pernah anda lakukan dalam kehidupan sebenar. Tanya diri anda sendiri, siapa atau apa yang terjadi dalam kehidupan sebenar anda.


3  Kecacatatan Gigi



Anda bermimpi di mana keadaan gigi anda begitu buruk sekali dan ada sebahagiannya hilang. Kadang-kadang mungkin juga anda bermimpi apabila membuka mulut, semua gigi anda jatuh.

Tafsir : Secara jujurnya anda risau jika penampilan anda kelihatan tidak menarik. I juga isyarat kepada perasaan malu yang amat sangat, rendah diri dan tiada keyakinan diri dalam kehidupan.


2  Berbogel


Anda tidak berpakaian, berpakaian separuh sahaja ataupun berpakaian yang tidak sesuai dalam sesuatu majlis. Kadang-kadang anda akan bermimpi melihat orang lain berbogel.

Tafsir : Anda berfikiran yang ada telah mendedahkan terlalu banyak tentang diri anda contohnya tentang perasaan anda dalam kehidupan sebenar. Anda juga risau  kisah silam anda akan diketahui orang lain. Fakta menarik tentang mimpi ini ialah ia selalu berlaku kepada orang yang hendak melangsungkan perkahwinan.


1  Jatuh atau Lemas


Anda jatuh di mana anda akan cedera dan berkemungkinan mati. Itu hanyala mitos mimpi sebegini. Anda mungkin jatuh dari kapal terbang, bangunan tinggi dan sebagainya. Anda juga jatuh ke sungai dan lemas.

Tafsir : Secara tipikalnya, anda berasa tidak selamat dan tiada sokongan dalam kehidupan sebenar. Anda sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi secara berani.


5 comments:

hans said... [Reply to comment]

hahahaha
selalu mimpi terjatuh

P/S : Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?

Anonymous said... [Reply to comment]

tak betul tafsir anda ni...adakah anda merujuk atau ikut sedap hati ja menulis...

Anonymous said... [Reply to comment]

macam sial ja tafsir yg ko bagi..serius shit..klu aku mimpi bjubur dgn ko apa plak maksud mimpi tu?

marrygrace lacia said... [Reply to comment]

Bodoh ko kan

Anonymous said... [Reply to comment]

Haha. Pembaca inginkan tafsiran yang karut, bukan jawaban psikologi minda separa sedar si pemimpi. Tapi aku benci baca post ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...