Halaman

Subscribe Twitter

Thursday, November 4, 2010

Tiada Penyakit Berjangkit Dilaporkan Di Kawasan Banjir

Sehingga kini tiada penyakit berjangkit seperti leptospirosis, campak, atau cacar air, dilaporkan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan.

Setakat ini 146 mangsa banjir dirawat oleh pasukan perubatan kementerian bagi kes-kes penyakit ringan seperti batuk, selesema, demam dan jangkitan penyakit kulit.

Sebanyak 54 pasukan, yang terdiri daripada 33 pasukan perubatan dan 21 pasukan kesihatan melawat kawasan banjir untuk memberi perkhidmatan. 
23 fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir, dengan empat daripadanya dinaiki air, namun semua fasiliti itu masih boleh beroperasi di tempat sama.

Dua lagi fasiliti terputus hubungan dan operasinya dipindahkan, manakala 17 lagi dinaiki air dan tidak beroperasi.

Fasiliti yang tidak dapat beroperasi ialah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kubang Pasu, Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA) Jitra, Pergigian Jitra, Klinik Komuniti (KK) Kepala Batas, Klinik Daerah (KD) Derang, KD Lengkuas dan KD Suka Menanti.

Fasiliti lain ialah KD Sg. Baru, KD Tangkalan Tok Putih, KD Perik, KD Tok Balai, KD Padang Melangit, KD Bentong, KD Padang Jauh, KD Abi, KD Titi Tok Bandar dan KK Rantau Panjang.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...