Halaman

Subscribe Twitter

Friday, November 12, 2010

Tips Mengelakkan Bau Badan

Setiap orang tidak menginginkan badan yang berbau.  Bau yang dikeluarkan oleh badan akan menyebabkan orang yang berada di sekeliling kita merasa tidak selesa.  Berikut beberapa tips untuk mengelakkan bau badan.

  • Mandi setiap hari. Rutin mandi membantu menghilangkan bakteria dari kulit, terutama di bahagian ketiak dan lipatan paha. Elakkan tabiat mandi sekali sehari… yang jelas, kalau tidak mandi kuman dan bakteria pasti membiak badan kita.
  • Gunakan produk yang sesuai untuk mengurangkan bau badan. Harus diingat penggunaan produk seperti deodoran dan anti perspirant adalah bersifat sementara.  Produk berkenaan hanya boleh bertahan antara empat hingga lima jam sahaja.  Bagi yang bekerja sepanjang hari, carilah produk yang boleh bertahan lama.
  • Pakaian juga mempengaruhi bau badan.  Pakaian yang longgar lebih sesuai daripada pakaian yang ketat. Pakaian yang diperbuat daripada kapas dan lebih sesuai kerana ia dapat melancarkan peredaran udara si pemakai.  Pakaian sebegini dapat mengelakkan kita berpeluh dengan banyak.  Ia juga dapat mengelakkan bakteria daripada terus membiak di badan.


  • Pola makan juga harus diubah. Hindari makanan dan minuman seperti daging, bawang, rempah ratus, kopi dan alkohol selama dua minggu. Makanan-makanan tersebut merupakan sumber kepada bau badan yang penting.  Pola makan yang buruk  akan menambah bau yang tidak selesa pada badan kita.  Cubalah untuk tidak memakan makan di atas selama dua minggu, insya-Allah bau badan yang selama ini digeruni akan berkurangan.
  • Banyak minum air suam dan jaga kesegaran diri.  Dengan meminum air suam dan menjaga kesegaran diri, suhu badan dapat distabilkan dan peluh juga akan kurang.  Contoh yang paling baik ialah bersukan.  Orang yang kurang bersukan, akan cepat berpeluh.  Peluh yang keluar itu pula ialah yang tidak berguna.  Bayangkan jika banyak peluh keluar tanpa melakukan apa-apa senaman…. Sudah tentu apabila ianya kering, akan mengeluarkan bau yang tidak selesa.

Diri kita, kita sendirilah yang sepatut menjaganya.  Walaupun kita selesa dengan bau badan kita, orang lain yang dekat dengan kita tidak merasa seperti itu.  Ingat, kawan-kawan akan lari jika kita tidak mengubah ‘keburukan’ yang ada pada kita.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...