Halaman

Subscribe Twitter

Wednesday, December 1, 2010

Esok Kita Dewasa

Wow... Esok (1.12.2010) jam 2.00 petang mama akan temankan anak-anak mama ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, untuk ...jeng...jeng...jeng.... cuba teka untuk apa? Ya, betul! Esok dua orang putera mama akan dikhatankan. Mama tak rasa apa pun coz bukan mama yang kena. Lagi pun dua orang dah lepas, dua ni pula yang nak joint the club. At this very moment, nampak macam takde aper jer diorang berdua tu, dok tengok DVD citer "SETEM" lakonan dan arahan Afdlin Shauki.

Biar mama perkenalkan dua orang jejaka yang akan menjadi 'dewasa' esok. 


Yang ni Azfar. Umur dah 12 tahun. Dah besar panjang pun. Dulu takut nak 'potong', tapi bila tengok kengkawan dah buat, dia pun nak buat jugak. Lagipun takkan nak biar hingga umur 15 tahun nak 'potong'. Eeee... malulah. Dia ni lahir selepas enam bulan mama dan papa berpisah. Bukan bercerai tau. Masa tu papa kena pindah ke Selangor. Mama dan anak-anak tinggal di Sarawak sementara menunggu papa dapat rumah kat sana. Aikkk... macam tak faham pulak. Enam bulan tu lama, dik oii.... tau-tau jadi.



Yang ni pula Azaim. Beza umur mereka ni setahun jer. Anak-anak mama yang lain semuanya beza tiga tahun. Panggilan manja dia Pak Tam. Panggilan tu melekat kat dia sebab dalam adik-beradiknya, dia sorang jer hitam manis. Mungkin kerana masa dilahirkan, tali pusat terbelit kat lehernya. Oh ya, lupa nak mention. Si Azaim ni special sikit bukan kerana dia sorang yang berkulit hitam manis tapi dia nilah satu-satunya anak mama yang dibidanterjunkan oleh papa. Mama ingat lagi masa tu kitorang baru nak gerak ke hospital sebab mama dah keluar t'anda'. Tak menyempat-nyempat kat dalam kereta tu juga dia nak keluar. Papa lah yang sambut. Menggigil-gigil dia tau. Yang ni lagi teruja nak berkhatan. Kalau ikutkan, darjah satu dulu dia nak ikut orang berkhatan. Tapi mama dan papa dan setuju. Bukan aper, takkan nak melangkah bendul pulak. So, esok ialah hari yang dia tunggu-tunggu selama lima tahun. Berseri-seri wajah dia. Bila papa cuba takutkan dia, dia buat dono jer. Tak kisah katanya.


1 comments:

honeyvsbee said... [Reply to comment]

dah besar baru khatn yer..kakak bee khatan ank dia waktu kicik2 lg..huhuhu anyway semoga dorang selamat dikhatankn......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...