Halaman

Subscribe Twitter

Monday, December 6, 2010

Jom Masak-Masak

Samosa

Bahan:

  • ½ kg daging kisar
  • 250 ml air
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • ½ sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam masala
  • ½ cawan hirisan daun ketumbar
  • ½ cawan hirisan daun pudina
  • 4 biji bawang besar (didadu kecil)
  • 5 biji lada hijau (dipotong 4 dan dihiris halus)
  • 40 helai kulit popiah
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng


Cara membuat:

  1. Rebus daging bersama halia, bawang putih, garam dan semua serbuk rempah hingga kering. 
  2. Selepas kering, biarkan bahan tadi sejuk. 
  3. Setelah sejuk, gaulkan daging dengan bawang, hirisan lada hijau, daun ketumbar dan daun pudina sehingga sebati. 
  4. Potong kulit popiah memanjang, antara tiga hingga empat bahagian.  
  5. Masukkan daging yang telah digaul tadi. 
  6. Lipat kulit popiah dengan menggunakan dua helai kulit popiah supaya tidak pecah semasa digoreng.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorenglah samosa dengan api yang sederhana sehingga masa. Petunjuk untuk menandakan samosa masak ialah apabila ia kekuningan. 
  8. Angkat dan toskan. 
  9. Samosa enak disaji semasa masih panas dan dimakan dengan sos.




Bingka Ubi

Bahan:

  • 1 kg ubi kayu (diparut)
  • 2 biji telur (ambil kuning sahaja)
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • ½ cawan santan pekat (lebih kurang 2 biji kelapa)
  • 400 gm gula perang
  • 1 sudu makan vanila
  • 125 gm mentega
  • ½ sudu teh garam
  • 2 helai daun pisang
  • 1 tin pembakar


Cara Membuat:

  1. Kisar kelapa parut dengan santan pekat. 
  2. Gaulkan ubi kisar dengan gula, mentega, vanila, garam, kelapa kisar dan santan pekat.
  3. Sapu tin pembakar dengan mentega.
  4. Lapis sekeliling tin pembakar dengan daun pisang.
  5. Tuangkan adunan dan ratakan.
  6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170Celcius sehingga masak dan garing.
  7. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan.
  8. Setelah sejuk, potong dan sajikan.




Rojak Sotong

Bahan A:

  • 1 kg sotong kembang - dicelur sebentar, hiris mengikut saiz yang dikehendaki
  • 1 kg kangkung, dicuci bersih dan dicelur sebentar - potong mengikut saiz yang dikehendaki
  • 4 keping tauhu - digoreng dan dihiris
  • 1 biji timun - belah dua dan hiris menyerong
  • 1 cawan kacang tanah - digoreng dan dikisar kasar  
  • Sedikit bijan - dibakar sebentar  


Bahan B:

  • 1 cawan sos tomato
  • ½ cawan sos cili
  • 1 sudu makan cili boh
  • ½ sudu makan pes bawang putih
  • ½ sudu makan pes bawang merah
  • ½ sudu makan kicap manis
  • ½ cawan gula merah digaul dengan 3 sudu makan gula pasir
  • ½ sudu makan petis
  • ½ cawan jus limau kasturi atau cuka


Cara Membuat:

  1. Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk.
  2. Gaul rata dan didihkan di atas api yang sederhana sehingga pekat sedikit.
  3. Masukkan sedikit sotong ke dalam pinggan
  4. Hias dengan kangkung, hirisan timun dan kepingan tauhu goreng
  5. Tuangkan kuah perlahan-lahan secukupnya dan tabur dengan kacang tanah serta bijan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...