Halaman

Subscribe Twitter

Sunday, December 19, 2010

Makanan Untuk Anak Cerdas


Kajian mendapati kurangnya mineral dan vitamin yang penting bagi otak mengurangkan tindakbalas otak. Diet yang kaya dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin, digabungkan dengan daging dan ikan dalam memberikan mineral utama dan vitamin yang penting untuk kesihatan fizikal dan mental.


Apakah makanan yang boleh merangsang pertumbuhan sel-sel otak, meningkatkan fungsi, meningkatkan daya ingatan, konsentrasi dan pemikiran anak-anak? Berikut beberapa makanan yang sesuai untuk mereka:


Ikan salmon
Ikan salmon adalah sumber terbaik lemak Omega 3, asid lemak DHA dan EPA yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang mendapat lebih makanan berlemak di atas, memiliki pemikiran lebih. Ikan salmon mengandungi 2.2 gram lemak Omega 3 setiap satu. Keperluan kanak-kanak pada Omega 3 adalah 1.2 gram sehari.


Telur
Telur merupakan sumber penting protein yang murah dengan harga yang cukup berpatutan. Kuning telur adalah bahagian pepejal akan mengandungi choline, sejenis zat yang membantu perkembangan memori. Kandungan choline dalam sebiji telur besar adalah 126 mg. Bandingkan dengan da sudu makan mentega kacang yang mengandungi hanya 20 mg dan 300 gram daging lembu yang hanya terdapat 66 mg choline. Keperluan kanak-kanak terhadap choline ialah 200 – 375 mg setiap hari.

 
Mentega Kacang
Mentega kacang merupakan salah satu sumber vitamin E. Vitamin ini merupakan sumber antioksidan yang dapat melindungi membran sel saraf. Bersama thiamin, vitamin E membantu otak dan sistem saraf dalam penggunaan glukosa untuk keperluan tenaga. Setiap dua sudu makan mentega kacang mengandungi 2.9 mg vitamin E, sedangkan keperluan kanak-kanak terhadap vitamin E ialah antara 4 – 10 mg setiap hari.


Kekacang
Kekacang memberikan tenaga yang berasal dari protein dan karbohidrat kompleks. Selain itu, kekacang kaya dengan serat, vitamin, dan mineral. Kekacang juga makanan yang baik untuk otak kerana dapat mengekalkan tenaga dan kemampuan berfikir kanak-kanak pada waktu tengahari jika dimakan sewaktu makan tengahari. Menurut kajian, kacang merah dan kacang pinto mengandung lebih banyak asid lemak Omega 3 dari kekacang lain. Lemak Omega 3 semulajadi adalah penting untuk pertumbuhan dan fungsi otak.



 

Bijirin
Otak memerlukan bekalan glukosa. Bijirin mempunyai kemampuan untuk menyokong keperluan tersebut. Serat yang terkandung dalam bijirin dapat membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Bijirin juga mengandungi vitamin B yang berfungsi untuk menjaga kesihatan sistem saraf. Bijirin seperti gandum mengandungi vitamin 1.5 mg vitamin B dari setiap 100 gram bijirin. Keperluan vitamin B pada kanak-kanak adalah 1 mg setiap hari.


Oat
Oat merupakan salah satu jenis bijirin yang paling popular di kalangan anak-anak yang kaya nutrisi penting untuk otak. Oat menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk kegiatan otak kanak-kanak yang sangat diperlukan bermula dari mereka bangun dari tidur. Oat yang kaya serat mampu menjaga keperluan otak anak anda sepanjang pagi. Oat juga merupakan sumber vitamin E, vitamin B, potassium, D dan zink yang membuat tubuh dan otak untuk berfungsi sepenuhnya. Kandungan vitamin B dalam 250 gram oat ialah 0.08 mg. Kandungan vitamin B pula 0.26 mg dari setiap 250 gram oat dan zink pula 6.19 mg dari setiap 250 gram oat.


Beri
Kumpulan keluarga beri (strawberi, ceri, blueberry) juga penting untuk kesihatan otak. Semakin pekat warnanya lebih banyak nutrisi yang dikandungnya. Beri mengandungi kadar tinggi antioksidan, khususnya vitamin C, yang berguna untuk mencegah kanser. Kajian menunjukkan mereka yang mendapatkan ekstrak blueberry dan strawberry mengalami peningkatan fungsi ingatan. Biji dari buah ini juga kaya dengan asid lemak Omega 3.

 
Sayuran Berwarna-Warni
Tomato, lobak merah, bayam, labu, dan ubi jalar merah, merupakan sumber yang kaya nutrisi dan antioksidan yang akan membuat sel-sel otak kuat dan sihat.


Susu, Keju dan Yogurt
Makanan yang berasal dari produk susu ini mengandung protein tinggi dan vitamin B. Dua jenis nutrisi penting bagi pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter, dan enzim. Susu, keju dan yogurt juga boleh mengenyangkan kerana terdapat kandungan protein dan karbohidrat juga sebagai sumber tenaga bagi otak.


Daging Lembu Kisar
Zat besi adalah mineral penting yang membantu kanak-kanak bertenaga dan menumpukan perhatian di sekolah. Daging lembu kisar merupakan salah satu sumber makanan yang tinggi zat besi. Kandungan zat besi dalam 100 gram daging lembu adalah 4.05 mg. Sementara keperluan zat besi pada kanak-kanak ialah 30 – 10 mg setiap hari. Daging lembu kisar sesuai dimakan oleh kanak-kanak kerana ianya mudah dihadamkan.


Sebagai ibu bapa, kita yang menentukan apa yang anak kita makan. Menuruti kehendak mereka untuk mendapatkan makanan segera dan snek sahaja adalah langkah yang kurang bijak. Apabila anda menginginkan anak yang sihat, teliti jenis makanan yang disyorkan di atas.


3 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Thanks for finally writing about > "Makanan Untuk Anak Cerdas" < Liked it!

Here is my webpage: www.
eventtoday.nl/link/139

Anonymous said... [Reply to comment]

Excellent post! We are linking to this great content on our website.

Keep up the great writing.

Feel free to visit my webpage ... Click on clubedacultura.com

Anonymous said... [Reply to comment]

When some one searches for his essential thing, thus he/she desires to be available that in detail, therefore that thing is maintained over here.


my web site Elevate GF Muscle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...