Halaman

Subscribe Twitter

Sunday, January 23, 2011

MEE HAILAM

Agak lama juga tidak mengemaskini blog ni. Sejak pindah rumah hari tu, sekarang baru dapat menjenguk blog sendiri. Nak blogwalking pun masih lemah lutut. Kerja melambak nak buat, anak-anak taunya main jer. Husband.... hmmmm... serupa anaknya juga. Kalau tak jumpa member, tidur. Untuk posting kali ni, mama nak bagi resipi mee Hailam dan Macaroni.


MI HAILAM

Bahan:
  • 500 g mi kuning
  • 200g isi ayam - dipotong
  • 200g daging pejal - rebus dan hiris nipis
  • 200g isi udang
  • 200g sotong - potong gelang
  • 1 bungkus jagung muda - hiris serong
  • 2 batang lobak merah - hiris batang mancis
  • sawi potong kecil - cendawan butang pun boleh digunakan
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 ulas bawang merah / seinci halia - dimayang - kalau suka
  • 1/2 sudu lada hitam - ditumbuk
  • 2 sudu teh tepung jagung - dibancuh
  • serbuk pati ayam maggi - 2 sudu teh
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan sos tiram
garam dan perisa
2 mangkuk air

Cara Membuat:
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau dan lembut.
  • Masukkan air, kicap cair, sos tiram, pati ayam dan semua sayuran keras, ayam, sotong dan udang.
  • Masak sehingga semuanya lembut dan masak.
  • Masukkan sayuran lembut.
  • Bila sayur empuk, masukkan mee dan tepung jagung.
  • Kacau, angkat dan hidangkan bersama cili padi/merah hiris.



MACARONI DENGAN SOS TOMATO

Bahan
  • 1 kg dada ayam dipotong kecil-kecil
  • 4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1/2 sudu besar lada putih serbuk
  • 1 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar pati tomato
  • 800ml air
  • 1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil
  • 50g kacang peas
  • air perahan dari 1 biji lemon
  • garam secukup nya
  • gula jika suka
  • 500 g macaron

Cara Membuat:

  • Gayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih.
  • Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato. Kacau sehingga rata.
  • Masukkan pati tomato, air, lobak dan kacang peas.
  • Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa.
  • Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.
  • 500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal
  • Semasa menghidang, letakkan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato.


1 comments:

hasmardy said... [Reply to comment]

wah.. favourite ni.... thanx for sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...