Halaman

Subscribe Twitter

Sunday, March 6, 2011

Cucilah Tangan Anda








Bilakah kali terakhir anda mencuci tangan? Mencuci tangan cukup mudah. Hanya gunakan sedikit air dan sabut sahaja. Sebenarnya mencuci tangan cukup penting. Adalah amat penting mencuci tangan dengan betul.



Kerap mencuci tangan dapat mengelakkan anda daripada dijangkiti ataupun menyebarkan penyakit. Kekerapan mencuci tangan menyahkan kuman dan bakteria yang berada di tangan anda yang mana mungkin anda peroleh dari menyentuh barangan di sekeliling anda mahupun semasa bersalaman dengan orang lain. Salah satu cara paling mudah untuk mendapat selsema ialah dengan menggosok hidung atau mata selepas tangan terkena virus selsema.

Kita tidak dapat melihat kuman dan bakteria dengan mata kasar, jadi cucilah tangan sekerap mungkin. Mungkin anda perlu mencuci tangan sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu perkara seperti :

  • Sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan
  • Sebelum makan
  • Selepas keluar dari bilik air
  • Selepas menukar lampin anak
  • Selepas menukar pad
  • Selepas memegang haiwan peliharaan
  • Apabila tangan kotor

Jika ada seseorang yang sakit di rumah anda, adalah dinasihatkan agar anda lebih kerap mencuci tangan.


Langkah-langkah mencuci tangan dengan sempurna :



Nota : Jika tiada sabun, bahan berunsur antiseptik dan berasaskan alkohol juga boleh digunakan. Namun menggunakan sabun masih lagi merupakan langkah terbaik untuk mencuci tangan.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...