Halaman

Subscribe Twitter

Wednesday, October 20, 2010

Cemburu Buta

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur, menjadi saksi sikap cemburu buta seorang lelaki terhadap teman wanitanya malam tadi. Berlaku pertengkaran antara remaja perempuan berumur 18 tahun itu dengan teman lelakinya yang berumur 24 tahun sebelum si wanita ditumbuk sehingga retak hidungnya. Dia kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan. Teman lelakinya pula telah menyerah diri di balai polis berdekatan.

Mangsa yang datang dari Kuala Lumpur dengan sebuah bas meminta teman lelakinya mengambilnya di R&R tersebut. Mangsa dilaporkan hendak balik ke kampungnya di Jengka 19 dekat Maran. Apa agaknya yang membuatkan lelaki berkenaan begitu cemburu lalu menumbuk muka mangsa. Dah le kena tumbuk, ditinggalkan pula kat R&R Temerloh itu sorang-sorang. Tak guna punya jantan. Inikah yang dikatakan Tragedi Lebuhraya...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...