Semasa melancarkan seminar antarabangsa mengenai arkeologi Borneo di sini malam tadi, beliau berkata dengan menjadikan Gua Niah tapak warisan dunia, ia berupaya meningkatkan status Sarawak di pentas dunia semasa seperti yang dilakukan oleh Gua Mulu.
Pakar arkeologi dari sejauh Universiti Nevada di Amerika Syarikat telah menunjuk minat kepada Gua Niah seawal 1957 apabila 122 rangka ditemui dan dibawa ke sana untuk kajian.
"Namun walaupun mereka telah menyediakan laporan mengenai penanamannya (rangka-rangka tersebut), tiada yang diterbitkan. Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya bahan-bahan yang ditanam itu dibawa balik ke Sarawak," katanya.
Abdul Taib berkata beliau akan meneliti cadangan Muzium Sarawak untuk mewujudkan pusat pengumpulan artifak bagi memelihara bahan warisan bernilai yang terdapat di Sarawak.

0 comments:
Post a Comment