Halaman

Subscribe Twitter

Friday, October 22, 2010

Wayne Rooney - For Sale? (Update)

David Gill Rooney ‘mahu keluar’


Alex Ferguson Saya tidak percaya, saya tergamam

Wayne Rooney Memang benar ejen serta saya sendiri ada bertemu dengan pegawai kelab untuk membincangkan kontrak baru.


Alex Ferguson Kami sudah melakukan segala-galanya yang termampu buat Wayne Rooney sejak minit pertama dia hadir di kelab ini. Kami sering berada di sana sebagai tempatnya berlindung.


Wayne Rooney Saya bertemu David Gill minggu lalu dan dia tidak memberikan saya apa-apa jaminan tentang masa depan pasukan ini.


Robbie Fowler Mungkin isu perpindahan Wayne Rooney sesuatu yang baru didedahkan

tetapi saya sudah mengetahuinya sejak beberapa minggu lalu.


Alex Ferguson Kami tidak mahu sesuatu yang tidak masuk akal daripada anda. Jangan tidak

menghormati kelab.


Wayne Rooney Saya tidak pernah gagal untuk menghormati MUFC. Bagaimana saya

tergamak untuk tidak menghormati kelab sedangkan mereka mempunyai sejarah yang menarik

terutamanya sepanjang enam tahun saya berada di sini?


Alex Ferguson Kami hanya akan melabur untuk pemain terkemuka apabila tiba masanya.

Musim panas lalu, kami masih belum bersedia.


Wayne Rooney United kurang bercita-cita tinggi.


Robbie Fowler Saya hanya perlu pulang ke Britain dan memujuknya untuk datang ke Perth.

Dan petanda sekarang adalah cukup bagus.


Alex Ferguson Kadang kala, ketika anda berada di padang dan melihat seekor lembu, lalu

anda fikir ia merupakan lembu yang lebih baik berbanding lembu yang anda miliki. Namun,

mungkin lembu tersebut sebenarnya tidak sebagus seperti lembu yang anda miliki. Segelintir

pemain lebih cenderung berfikir berhijrah ke tempat lain adalah jalan terbaik. Namun,

malangnya ia tidak berjalan seperti yang anda harapkan.


Wayne Rooney Dalam beberapa hari terakhir, saya telah bercakap dengan pengurus dan

pemilik dan mereka telah meyakinkan saya yang MU adalah di mana saya sepatutnya berada.


Alex Ferguson Kadang-kadang, ketika anda di kelab, maka akan sulit untuk menyedari betapa

besar maknanya dan peristiwa beberapa hari lalu untuk membuat anda memahaminya.


Wayne Rooney Saya senang untuk menandatangani kontrak baru lima tahun di United.


Arsene Wenger Saya tidak pernah benar-benar tertarik dengan cerita itu kerana apa yang

terjadi dengan Wayne Rooney, terjadi pada setiap kelab, setiap tahun - banyak kali.


Alex Ferguson Saya fikir Wayne tahu dia harus meminta maaf dan saya fikir semuanya akan

disapu bawah karpet sekarang dan pada kami, kami patut tinggalkan segala peristiwa sekitar

sebulan yang lalu, sebelum semuanya bermula.


Arsene Wenger Hanya kerana ia mempunyai nama yang berbeza itu pasti cerita, tetapi

merupakan cerita super-klasik yang terjadi di setiap kelab, setiap minggu, jadi saya boleh tidak

pernah memahami apa yang sebenarnya khusus dalam kes ini.


Alex Ferguson Saya fikir Wayne sekarang mengerti apakah kelab besar Manchester United itu.


1 comments:

ken said... [Reply to comment]

rooney sudah sign contract :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...