Halaman

Subscribe Twitter

Saturday, December 18, 2010

Kulit Sihat Dan Cantik

Setiap wanita inginkan kulit yang sihat dan cantik.  Kecantikan wajah seakan tidak lengkap jika kulit yang ada tidak secantik orang lain.  Perasaan ingin tahu apakah petua, jenis make-up dan sebagainya bersarang di benak fikiran. Malah ada yang cemburu kerana tidak dianugerahkan kulit secantik wanita lain.

Terdapat beberapa tips agar kulit sentiasa sihat dan cantik. Penggunaan produk rawatan dan penjagaan kulit sahaja tidak membantu kepada kulit yang sihat dan cantik. Kebenarannya ialah semua bermula dari amalan pemakanan wanita itu sendiri. Berikut ialah lima jenis makanan yang dapat membantu anda untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

  
 Ikan

Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan lemak Omega 3 dengan sendiri. Ikan berlemak memang diketahui kaya dengan lemak ini. Antara ikan-ikan tersebut ialah ikan salmon, talapia dan kod. Wanita yang dambakan kulit yang cantik, seharusnya mengambil ikan yang mengandungi khasiat Omega 3 sebagai alternatif. Lemak Omega 3 membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah keradangan kulit, malah memperkuatkan kulit. Ikan salmon dan kod juga kaya dengan vitamin D yang penting untuk tulang anda.


Brokoli

Brokoli kaya dengan vitamin A dan C. Vitamin A berfungsi menurunkan pengeluaran minyak. Vitamin C pula berfungsi sebagai antioksidan. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, amalkan mengambil brokoli sebagai salah satu diet anda.



 
Badam

Bijirin ini juga antioksidan dan amat sesuai untuk mendapatkan kulit yang sihat. Badam juga meningkatkan vitamin E di dalam tubuh yang juga meningkatkan kadar kelembapan di permukaan kulit. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, memakan bijirin ini amat sesuai untuk mereka.

 

Teh Hijau

Ianya kaya dengan antioksidan yang sangat berguna untuk kesihatan kulit. Teh ini boleh didapati dengan mudah dengan harga yang tidak keterlaluan. Tiga cawan teh hijau sehari dapat mencegah penuaan dan keradangan kulit. Antioksidan yang terdapat pada teh hijau juga diakui dapat mengurangkan risiko barah kulit. 



 
Minyak Biji Bunga Matahari

Minyak biji bunga matahari kaya dengan lemak Omega 6. Lemak ini juga amat penting untuk kesihatan kulit. Ia dapat mencegah kulit kering dan keradangan kulit. Lemak ini juga berfungsi dalam pembentukan hormon yang mengekalkan semua sel tubuh bekerja dengan baik.


 Kesimpulannya, ambillah makanan yang mesra kepada kulit kita. Jika inginkan kulit yang sihat dan cantik, pemakanan haruslah dititikberatkan. Jangan hanya bergantung kepada produk kecantikan sahaja kerana ianya seumpama anda memakai topeng yang boleh ditanggalkan bila-bila masa sahaja. Tanpa pemakanan yang berkaitan, kulit anda akan tetap kelihatan seperti sekarang.


2 comments:

Bee said... [Reply to comment]

yuhuu benda nih la paling kurangggg nak makan tuh

Afendi Othman said... [Reply to comment]

mama petua nk ubat batuk ade tak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...