Perceraian bukanlah boleh dipermudahkan. Ianya hanya dibenarkan jika tiada lagi jalan penyelesaian untuk mendamaikan kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan. Ini bermakna jika semua usaha untuk menyelamatkan rumahtangga tidak menemui pintu kedamaian, maka Islam membenarkan pasangan tersebut bercerai. Harus diingatkan sekali lagi bahawa perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt.
Perceraian yang berlaku tanpa sebab-sebab atau alasan yang kukuh menyebabkan isteri terasa dizalimi dan teraniaya. Perceraian diharamkan sewaktu si isteri sedang haid atau sewaktu isteri dalam keadaan suci tetapi telah dicampurinya. Islam juga melarang sei isteri daripada minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie. Isteri yang meminta cerai tanpa sebab-sebab syarie diharamkan bau syurga ke atasnya.
Implikasi dari perceraian yang paling ketara dihadapi oleh anak-anak. Kasih sayang ibu atau bapa tidak sama seperti sewaktu ibu dan bapa mereka bersama. Akibatnya, berlakulah gejala sosial seperti mat rempit, bohsia, malu untuk bergaul dengan orang lain dan sebagainya. Sebagai orang tua, ibu bapa atau saudara-mara pasangan yang bercerai janganlah mengeruhkan lagi suasana. Janganlah kita menyuntik perkara-perkara negatif terhadap ibu bapa kepada anak-anak pasangan yang bercerai.
Namun demikian, ada di kalangan pasangan yang bercerai sanggup memberitahu anak-anak mereka yang ayah atau ibu mereka telah mati. Masya-Allah, anak-anak ini kurniaan Allah yang masih dahagakan kasih sayang dan perhatian ibu atau bapa mereka walaupun ikatan perkahwinan itu telah dileraikan. Pun begitu, ramai juga pasangan yang bercerai masih lagi berkesempatan untuk memberi kasih sayang terhadap anak-anak melalui perjumpaan hujung minggu.
Semoga perkara yang paling dibenci Allah s.w.t. ini dijauhi dari kita.
3 comments:
Akal jodoh...kesemuanya TAKDIR
Ajal....sorry silap taip
sebab tu la orang tua-tua kata kalau sayang kat seseorang, jangan bagi 100%.
Post a Comment