Di sini mama ada beberapa resipi kek lapis Sarawak. Ianya adalah koleksi peribadi mama sejak zaman remaja hingga sekarang. Mama juga bercadang untuk mengadakan kelas kek lapis Sarawak di kawasan Kota Puteri dan Batu Arang menjelang pertengahan tahun 2011. Namun semuanya dalam perancangan kerana mama masih sibuk dengan tugas di Mutiara Damansara sekarang ini. Sudah tentulah ianya juga bergantung kepada permintaan. Insya-Allah bila tiba masa yang sesuai, mama akan maklumkan di sibermama. Pelbagai nama diberikan kepada kek-kek lapis Sarawak ini mengikut kesesuaian dan situasi semasa. Nama individu, artis, kain, negeri atau negara, pemimpin dunia, dan sebagainya lagi. Namun semuanya masih sedap-sedap belaka dan mengekalkan identiti negeri Sarawak itu sendiri.
Koleksi Resipi Kek Lapis Sarawak
- Kek Ngap Sayot
- Kek Isabella
- Kek Walnut Krim Mentega
- Kek Pelangi Senja
- Kek Coklat Walnut
- Kek Lapis Indonesia
- Kek Epal & Kismis
- Kek Tahun Baru Cina
- Kek Puteri Merah
- Kek Batik Kerang
- Kek Susu Manis
- Kek Lapis Rantai
- Kek Sri Kenyalang
- Kek Kukus Kismis
- Kek Sinar Suria
- Kek Selendang Rindu
- Kek Lapis Berempah
- Kek Cadbury
- Kek Cinta Abadi
- Kek Ulang Tahun
- Kek Lapis Tirai Baiduri
- Kek Batik
- Kek Kepingan Badam
- Kek Lapis Cottee's
- Kek Kaca Permata
- Kek Lapis Water Chesnut
- Kek Proton Saga
- Kek Lapis Blueberry
- Kek Mentega Kacang Merah
- Kek Kukus Pantai Damai
- Kek Lapis Zaiton
- Kek Lapis Ungu Buah-Buahan Campuran
- Kek Lapis Kurma & Kacang
- Kek Lapis Permaisuri
- Kek Lapis Filipina
- Kek Kembang Teratai
- Kek Belacan
- Kek Lapis Parlimen
- Kek Lapis Holiday Inn
- Kek Puteri Mandi
- Kek Lapis Batik Jawa
- Kek Lapis Impian Semalam
- Kek Lapis Pantai Timur
- Kek Lapis Indera Puri
- Kek Lapis Thailand
- Kek Lapis Saddam
- Kek Putera Puteri
- Kek Lapis Sri Menanti
- Kek Sinar Rindu
- Kek Lapisan Kembara Rindu
.....dan banyak lagi.
Untuk menyiapkan satu kek lapis, memerlukan kita bersabar kerana ia mengambil masa yang lama untuk masak sepenuhnya. Cuba bayangkan setiap lapis kek itu mengambil masa 20 minit untuk masak. Bagaimana jika kesemua lapisan kek itu adalah 10? Sudah tentu ia mengambil masa 200 minit untuk sebiji kek siap sepenuhnya.
Kek lapis Sarawak sebenarnya begitu unik. Terdapat beberapa bahan untuk membuatnya hanya boleh didapati di Sarawak Sahaja. Mama banyak meronda di beberapa kedai kek di KL dan PJ, begitu sukar untuk menemui bahan-bahan kek lapis Sarawak ini. Namun daya kreativiti dan jalan penyelesaian tetap ada. Biasanya mama akan gunakan bahan-bahan yang hampir sama dengan bahan asas kek lapis yang sebenar. Bagi rakyat negeri Sarawak, pertukaran bahan boleh menyebabkan 'kualiti rasa' kek berkenaan berbeza.
Selain dari bahan asas, terdapat juga kek lapis Sarawak yang memerlukan acuan khas untuk membuatnya. Acuan tersebut memang tidak akan ditemui di mana-mana bahagian di Semenanjung Malaysia kecuali yang dibawa dari negeri Sarawak. Malah, di negeri Sarawak sendiri, setiap acuan untuk resipi baru akan laris seperti goreng pisang panas.
Seperkara lagi yang unik tentang kek lapis Sarawak ialah rakyat negeri ini sebenarnya berkongsi resipi kek lapis yang sama. Kepada yang kreatif, mereka akan mengubah sedikit dengan membuat penambahan bahan, warna dan bentuk. Apabila ini berlaku maka terciptalah nama yang baru pula. Bohonglah kalau seseorang itu mengaku hanya dia sahaja yang ada resipi berkenaan. Kepada yang lebih bijak, mereka akan mem’paten’kan nama kek tersebut atas nama mereka.
Dulu, apabila tiba musim perayaan seperti Aidilfitri, berlumba-lumba kaum hawa mempamerkan skil mereka membuat kek lapis. Namun sekarang ini, semakin ramai yang hanya membuat penempahan sahaja. Ini disebabkan oleh kesibukan dengan tugasan di pejabat dan sebagainya. Apabila rakan-rakan berkunjung ke rumah dan merasa kek lapis tersebut, masing-masing akan bertanya sama ada kek itu dibuat sendiri atau tidak. Jika sedap, nama dan nombor telefon si pembuat akan diminta dan disimpan untuk membuat penempahan pada tahun hadapannya pula.
0 comments:
Post a Comment