Halaman

Subscribe Twitter

Tuesday, October 19, 2010

Amah jadi pengurus... di mana silapnya?

Felda pernah mencadangkan istilah amah ditukar kepada pengurus rumah tangga. Pengurus??? Ya, pengurus. Bayangkanlah, seorang pengurus sudah pasti akan diberikan beberapa kemudahan oleh pihak majikan yang menggajinya. Antara kemudahan tersebut ialah elaun petrol, telefon bimbit dan beberapa kemudahan lain untuk keselesaannya. Cadangan ini ditolak oleh Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF). Menurut GWGF, penggunaan istilah pengurus rumah tangga amat mengelirukan, tidak tepat dan tidak sesuai untuk digunakan di negara ini.

Antara alasan penolakan penukaran istilah ini ialah :

1. Sanggupkah majikan memberi pelbagai kemudahan untuk pengurus rumah tangga?

2. Perkataan amah atau orang gaji sudah lazim digunakan di mana-mana negara.

3. Gaji yang ditawarkan adalah sedikit iaitu sekitar RM700 hingga RM1000 sebulan sekaligus tidak mencerminkan gaji seorang pengurus.

4. Penukaran istilah bakal merendahkan martabat anak peneroka Felda seolah-olah anak peneroka ini tiada pelajaran dan hanya layak menjadi amah sahaja.

5. Gaji amah dari luar negara lebih tinggi iaitu RM1200 sebulan.

Kepada pihak yang membuat cadangan, berhati-hatilah mengeluarkan idea kerana ia pasti akan melukakan hati orang lain. Kepada pihak yang dicadangkan, fikir-fikirkanlah impaknya. Anak peneroka Felda setahu saya, ramai yang sudah berjaya dan berjawatan tinggi di luar sana.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...