Halaman

Subscribe Twitter

Tuesday, October 19, 2010

Wayne Rooney – For Sale?

Topik yang semakin hangat di Manchester, England sekarang ialah Wayne Rooney akan dijual ketika tempoh perpindahan Januari depan. Rooney dilaporkan kecewa kerana rundingan berkenaan lanjutan kontraknya bersama Manchester United menemui jalan buntu. Pemain itu juga dilaporkan tidak sebulu dengan pengurus Alex Ferguson apabila hanya menjadi pemain simpanan ketika menentang West Bromwich Albion, Sabtu lepas. Kemasukannya ketika permainan berbaki 20 minit tidak memberi impak besar pada perlawan itu dan MU sekadar seri 2-2 dengan West Bromwich Albion. Hubungan Ferguson-Rooney dikatakan mulai renggang sejak pemain itu menjadi tumpuan selepas kisah hubungan sulit semasa isterinya Coleen mengandung terdedah. Ferguson pula tidak menurunkan Rooney pada perlawanan pertama kelab itu kerana risau Rooney tidak mampu mengawal emosi jika penonton melemparkan pelbagai ejekan dan tohmahan ke atasnya. Peminat-peminat MU apa kata anda?





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...