Halaman

Subscribe Twitter

Wednesday, November 17, 2010

Bulan Madu Kedua

Pasangan berpeluang berbincang selain diberi motivasi

Suami isteri yang bermasalah disaran mencuba program ‘bulan madu kedua’ anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu yang terbukti bukan sahaja membuatkan pesertanya membatalkan hasrat untuk bercerai malah kini menikmati kehidupan berkeluarga yang lebih bererti.

Ada antara pasangan telah mengikuti program  YPK Terengganu ini, mengucapkan terima kasih, memberitahu hidup mereka lebih bahagia kini.

YPK terdorong untuk menganjurkan program itu tahun lepas setelah mendapati angka perceraian di Terengganu semakin meningkat terutamanya di kalangan pasangan muda.
Menurutnya statistik perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin agak merungsingkan.

Fungsi YPK ialah mencegah pasangan yang bermasalah  daripada bercerai. Sepanjang program ini dijalankan, kami tidak menerima laporan perceraian yang melibatkan pasangan yang mengikuti program ini. Sejak dimulakan, 30 pasangan suami isteri yang berkahwin antara satu dan lima tahun telah mengikuti program bulan madu kali kedua itu yang dibiayai sepenuhnya oleh YPK.

Tumpuan program adalah kepada pasangan ‘panas’ iaitu yang berkahwin  dalam tempoh lima tahun ke bawah. Ini kerana tempoh berkenaan adalah tempoh ‘bermasalah’ dan benar-benar mencabar pasangan berbanding mereka yang telah berkahwin lebih 10 tahun.

Pasangan suami isteri yang mengikuti program itu antara lainnya diberi peluang berbincang dari hati ke hati mengenai hala tuju hubungan mereka. Mereka juga berpeluang menikmati ‘makan malam romantik’. Peserta yang mengikuti program ini juga diberi pendedahan selok-belok berumah tangga yang sebenar yang sepatutnya diketahui setiap pasangan. Ada suami atau isteri mendakwa mereka sangat mengenali pasangan masing-masing, tetapi bila diuji, mereka sebenarnya tidak kenal secara mendalam pasangan mereka itu.

Sebelum ini program itu diadakan di pulau-pulau peranginan di Terengganu itu namun mulai tahun  depan ia akan diadakan di Akademi Pembangunan Keluarga YPK di Setiu.

Di akademi itu, setiap pasangan disediakan sebuah rumah dan mereka bukan sahaja mengikuti motivasi dan pendedahan tentang kekeluargaan oleh kaunselor bertauliah tetapi juga diberi tunjuk ajar mengendalikan kediaman mereka sepanjang program lima hari empat malam itu.

Untuk tahun 2011, YPK menyasarkan 1,000 pasangan  mengikuti program ini dalam usaha mengelak penceraian dan  membantu pasangan suami isteri hidup dalam suasana harmoni.


1 comments:

Budak Botak said... [Reply to comment]

bgus program nie, nnti x byk dh la kes cerai...

award utk mama -> http://budakbotak11.blogspot.com/p/nice-blog-award.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...