Halaman

Subscribe Twitter

Saturday, November 20, 2010

‘Si Tanggang’ Makin Ramai


Gambar Hiasan
Semakin ramai golongan muda mengabaikan kebajikan ibu bapa apabila mereka mencapai usia tua iaitu 60 tahun dan ke atas.

Setiap bulan secara purata tiga hingga lima permohonan diterima untuk menghantar ibu bapa yang sudah tua ke rumah kebajikan.

Angka ini, jumlahnya memang tidak ramai tetapi ia sesuatu yang membimbangkan kerana amat bertentangan dengan budaya. Lebih mengejutkan sekarang ialah trend menempatkan ibu bapa dari kalangan Bumiputera juga menunjukkan peningkatan.

Anak-anak harus ada rasa tanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa apabila mereka mencapai usia warga emas bukannya menyerahkan tanggungjawab itu kepada badan kebajikan untuk dijaga. Sikap seperti itu, hanya akan meretakkan lagi hubungan erat kekeluargaan khasnya dan masyarakat amnya.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...