Halaman

Subscribe Twitter

Saturday, November 20, 2010

Ibu Bapa Adalah Pakar Motivasi Kepada Anak-Anak


Kecemerlangan pendidikan amat bergantung kepada sokongan padu ibu bapa dan penjaga tanpa mengira waktu dan wang ringgit. Ibu bapa adalah motivator atau pakar motivasi penting kepada pelajar agar mereka terus berkeyakinan terhadap keupayaan diri dalam mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran.

Kehadiran ibu bapa semasa semasa aktiviti sekolah atau bakat anak-anak adalah salah satu cara ibu bapa menunjukkan minat terhadap perkembangan anak-anak  selain dari pemberian hadiah atas kejayaan mereka.

Ilmu adalah aset baru dalam zaman moden dan sikap positif untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dapat mengeluarkan masyarakat dari kepompong kemiskinan. Pelajar yang masih tidak tahu membaca, menulis dan mengira ketika di sekolah rendah akan membantutkan minat mereka untuk belajar dan terlibat dalam aktiviti tidak sihat.

Mengejar ilmu pengetahuan yang baik amat penting supaya tidak ketinggalan dan hanya menjadi penonton. Dunia pula semakin berubah ke arah yang lebih mementingkan pendidikan dan inovasi.

Ibu bapa dan penjaga seharusnya memantau pencapaian anak-anak mereka di sekolah dan belajar bersama anak mereka ketika di rumah.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...