Halaman

Subscribe Twitter

Sunday, November 21, 2010

Elyana Milik Khairul

Penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana, 23, dan pasangannya Khairul Anuar Hussain, 35, selamat diijabkabulkan pada 20 November 2010 kira-kira jam 9.45 malam di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

Elyana dinikahkan sendiri oleh bapanya, Emrizal Shamsuddin dengan mas kahwin RM80.00 tunai dengan bersaksikan bapa saudara Elyana iaitu Mohd Arif Shamsuddin dan Shamsul Bahari Shamsuddin. Dengan sekali lafaz, Elyana dan Khairul sah menjadi pasangan suami-isteri.


Sinar kegembiraan jelas terpancar di wajah pasangan ini dan ia tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Sebaik selesai akad nikah, majlis diteruskan dengan upacara membatalkan air sembahyang di mana pasangan pengantin saling bertukar cincin.

 

Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pengantin perempuan dalam jumlah yang sama. Hantaran pengantin lelaki terdiri daripada tepak sireh, sebentuk cincin berlian, seutas Jam Tangan Cerruti, Beg Tangan dan Dompet Louis Vuitton, set haruman Lovely dari Sarah Jessica Parker, Coklat Chopin dan tidak ketinggalan wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM22,000.

 


Manakala pengantin perempuan pula membalas dengan Sireh Junjung, sebentuk cincin berlian, seutas Jam Tangan Tag Heuer, Kasut Lacoste, Buah-buahan, Set Haruman Bvlgari, dan Dompet Louis Vuitton.

Elyana dan Khairul tampil menawan dengan mengenakan sepasang persalinan berona biru firus rekaan pereka fesyen tersohor, Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture. Kurung moden ciptaan Hatta ini diserikan dengan kilauan jemaki berwarna putih dengan sentuhan sulaman lembut mawar putih. Lebih 3000 batu Swaroski telah digunakan untuk menghasilkan busana Elyana itu.

Penampilan Elyana untuk majlis ini juga mendapat sentuhan jurumekap Saidatulnisa Aminuddin atau dikenali dengan nama Kak Sai. Majlis yang hanya dihadiri oleh sanak-saudara dan kenalan rapat itu diserikan oleh rekaan pelamin atau mahligai berkonsepkan pengaruh senibina Islam daripada Ariweddingcouture.

 

Pasangan mempelai ini akan diraikan dalam dua lagi majlis resepsi yang dijadualkan pada tengahari dan malam ini. Kedua-dua majlis resepsi ini akan diadakan di tempat yang sama iaitu Dutchess Place. Pihak lelaki pula akan mengadakan majlis sambut menantu pada Sabtu minggu hadapan di Mentakab, Pahang.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...