Halaman

Subscribe Twitter

Thursday, December 2, 2010

Eternal Clues

Eternal Clues ialah tajuk yang mama bagi pada tajuk album berkhatan untuk anak-anak mama dalam facebook. Kat sini pun mama paparkan juga gambar-gambar hari tersebut untuk kenangan mama & papa. Tambahan pula, anak-anak pun boleh tengok juga. 

Alhamdulillah, semuanya selamat seperti dijangka. By the way, this is the first time papa uruskan anak-anak dia berkhatan. Yang lepas, semua nenek diorang. Yang dua orang dulu tu, masa umur 10 tahun lagi dah kena. Mama tak ikut ke hospital hari tu coz takde orang nak jaga baby kat umah. 

Mama pun nak cadangkan kat korang semua, kalau nak khatankan anak, buatlah kat Hospital Sg Buloh. Free jer tau. Kat luar, kena keluar belanja sikit. Lebih kurang RM150 camtu ler rasanya. Tu kalau sorang. Dibuatnya dua orang nak buat serentak, tak ker RM300?

Caranya, daftarlah nama anak anda di Wad Kecemasan hospital berkenaan. Biasanya program ini dibuka setiap cuti sekolah. Borang boleh didapati sebulan sebelum program. Diorang ambik 200 orang  budak jer. Jadi konsepnya ialah siapa cepat dia dapat. Faham-faham jer sekarang ni ekonomi tak berapa nak okay, kenalah cari option yang sebegini, kan. Mama rasa lain-lain hospital pun buat gini jugak. So, rajin-rajin ler bertanya pada pihak hospital di tempat anda kalau-kalau ada buat program sebegini.

Sebelum kejadian

Azfar... sebelum dan selepas

Azaim... sebelum dan selepas

Menunggu giliran

Si kecik ni, nak sangat ikut... tapi lepas abang2 masuk, dia ketakutan... sembunyi belakang kerusi

Azfar belajar ikat kain

Ha... tengok tu, boleh senyum lagi dia ni

Selesai....


1 comments:

YUL said... [Reply to comment]

hoho, teringat time dulu berkhatan, masa pantang tu kenaluan kena tepuk ngn adik! haha, xbole lpe smpai skrg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...