Halaman

Subscribe Twitter

Wednesday, December 15, 2010

Susu

Banyak kajian mengatakan bahawa kita harus minum susu lebih kerap, tidak kurang. Susu tidak hanya membantu meningkatkan kadar protein dan mengurangkan gula, tetapi mengambil kalsium melalui makanan berasaskan susu mampu mengurangkan penyerapan lemak dari makanan lain.   

Penyelidik dari University of Tennessee mendapati bahawa responden yang mengurangkan tiga hidangan makanan yang berkaitan dengan susu yang kaya kalsium sehari berjaya mengurangkan lebih banyak lemak di perut berbanding  mereka yang mengikuti diet sama yang mengambil dua atau lebih makanan  berasaskan susu. Selain itu, para penyelidik mendapati bahawa suplemen kalsium tidak berfungsi seperti susu. Mengapa? Kalsium dipercayai boleh meningkatkan tahap di mana tubuh membakar lemak, sementara sebatian aktif yang lain dalam susu (seperti protein susu) memberikan kesan pembakaran lemak tambahan.

Ramai percaya susu merupakan salah satu makanan membina otot terbaik di dunia. Susu mengandungi protein berkualiti tinggi: sekitar 80 peratus casein dan 20 peratus whey.  Whey dikenali sebagai "protein segera" kerana ia cepat dipecah menjadi asid amino dan menyerap ke dalam aliran darah. Ianya sesuai untuk pengambilan pasca-latihan. Casein bagaimanapun dicerna lebih perlahan. Ianya ideal untuk menyediakan tubuh anda dengan bekalan protein dalam jumlah yang lebih kecil untuk tempoh masa yang lama, seperti antara waktu makan atau semasa anda tidur. 

Lembu yang diternak untuk susu diberikan suntikan antibiotik bagi mengelakkanya diserang penyakit. Beberapa saintis berpendapat susu dari lembu yang disuntik dengan antibiotik boleh menyebabkan pertahanan antibiotik pada manusia kurang berkesan. Tapi kebenaran ini belum pernah terbukti. Memang benar bahawa hormon dan antibiotik tidak pernah menjadi sebahagian daripada diet lembu.  Penyelidik Kanada, mendapati bahawa lembu yang diberi suntikan antibiotik  berkemungkinan dijangkiti penyakit yang disebut mastitis.

Kenyataan lemak susu adalah jauh lebih menyihatkan adalah tidak benar. Anda mungkin selalu minum susu rendah lemak, sebahagian besar kajian saintifik menunjukkan bahawa minum susu berlebihan sebenarnya meningkatkan kadar kolesterol. Penyelidik Denmark mendapati bahawa mengambil makanan yang kaya susu enam gelas sehari mampu meningkatkan kadar kolesterol. Saintis Britain mengesyorkan agar meminum 2-3 gelas susu bebas lemak sehari kerana ia dapat menurunkan kemungkinan kedua-dua serangan jantung dan stroke. 


whey - air sisa setelah susu dibuat keju
casein - zat dlm susu/keju


1 comments:

lynn angel said... [Reply to comment]

salam.. sy pernah terbaca dalam sebuah majlah, diaorg tulis some of the researchers pointed that pengambilan susu yg berlebihan boleh menyebabkan keracunan kalsium.. di mana terlalu byk kalsium di dalam bdn yg boleh mereputkan tulang dan menguningkan gigi earlier than expected.. i guess apa2 pun kena pandai dan ambil tahu jumlah pengambilan zat harian kita supaya tak memudaratkan, kan?? sorry, komen pjg sgt.. gd info btw!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...