Halaman

Subscribe Twitter

Sunday, January 30, 2011

20 Perbezaan Di Antara Wanita Dan Lelaki


1. Peraturan:
Wanita membuat aturan. Peraturan boleh berubah pada bila-bila masa tanpa. Kaum Lelaki tidak mungkin dapat mengetahui semua peraturan. Jika wanita mengesyaki lelaki mengetahui peraturan, dia harus segera mengubahnya. Wanita juga tidak pernah salah. Jika mereka keliru, itu adalah akibat langsung dari sesuatu yang lelaki lakukan atau tersilap kata. Lelaki harus meminta maaf dengan segera kerana menyebabkan salah faham tersebut.

2. Nama Samaran:
Jika wanita keluar makan mahupun bersiar, mereka akan memanggil satu sama lain dengan nama sebenar. Tetapi bagi lelaki pula, mereka akan merujuk satu sama lain dengan pelbagai gelaran untuk mengelakkan diketahui pasangan masing-masing.
 
3. Hanya wanita memahami wanita:
Wanita suka menangis kerana terkadang menenangkan. Seorang lelaki yang baik mungkinsukar ditemui, tetapi seorang wanita idaman ada di mana-mana. Mengapa panggilan telefon antara dua perempuan tidak pernah berlangsung di bawah sepuluh minit? Bukan kerana mereka mengumpat, tetapi ini adalah kerana hanya wanita memahami wanita.
  
4. Bilik Mandi:
Seorang lelaki mempunyai enam item di dalam bilik mandinya: sikat gigi dan pasta gigi, krim pencukur, pisau cukur, sebatang sabun, dan tuala. Item dalam bilik mandi wanita pula lebih dari 20. Seorang lelaki tidak akan dapat mengenal pasti lebih daripada 10 item ini.
 
5. Pertengkaran:
Seorang wanita memiliki kata-kata terakhir dalam sesebuah pertengkaran.
Apa saja yang seorang lelaki katakan setelah itu adalah awal dari sebuah pertengkaran yang baru.

6. Humor:
Perempuan tidak menikmati humor yang merujuk kepada kekurangan fizikal orang lain. Sebaliknya, lelaki suka mengolok-olok hampir semua orang. Wanita tidak menceritakan lelucon - mereka bercerita.
 
7. Makan di luar:
Saat bil tiba, lelaki masing-masing akan meletakkan RM50, walaupun harga makanan hanya untuk RM12.50. Tidak seorang pun dari mereka akan mempunyai sesuatu yang lebih kecil. Ketika gadis-gadis mendapatkan bil, mereka akan keluarkan kalkulator dari saku.
 

8. Makanan:

Wanita mencatat senarai barang keperluan dan kemudian pergi ke kedai untuk membelinya. Lelaki sanggup menunggu sehingga peti sejuknya hampir kosong untuk pergi membeli-belah. Lelaki biasanya membeli sesuatu yang dilihatnya bagus. Pada saat lelaki menghampiri kaunter, trolinya dipenuhi dengan barangan yang hampir kesemuanya tidak penting.
 

9. Dandanan dan Gaya:

Wanita akan berdandan untuk: membeli-belah, menyiram tanaman, membuang sampah, menjawab telefon, membaca buku, mendapatkan surat.
Lelaki akan berdandan untuk: perkahwinan dan pengkebumian
  

10. Pakaian Kotor:

Wanita mencuci pakaian selang beberapa hari. Lelaki akan memakai setiap pakaian yang dimilikinya. Ketika akhirnya akan kehabisan pakaian bersih, dia akan mencari yang kurang kotor serta bau untuk digunakan menghantar pakaian kotor ke kedai dobi. 

11. Kasut

Saat bersiap untuk pergi bekerja, wanita akan berpakaian menarik dan sedondon. Wanita gemar membuka atau menukar kasut semasa di pejabat.
Lelaki mengenakan sepasang kasut yang sama sepanjang hari ... seumur hidup.
 

12. Keyakinan:

Lelaki mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana membesar bersama super hero kegemaran mereka.
Wanita pula kurang keyakinan kerana membesar bersama anak patung sebagai contohnya, Barbie

13. Kucing:

Wanita suka akan kucing.
Lelaki juga suka akan kucing, tetapi bila wanita tiada di sisi, lelaki menendang kucing itu.
 

14. Suhu Badan (Untuk Yang Sudah Bernikah Sahaja):

Suhu badan lelaki lebih tinggi dari wanita. Jika anda kesejukan, mintalah untuk didakap oleh suami. Lelaki umpama pemanas mudah alih yang berdengkur.
 

15. Masa Depan:

Wanita risau akan masa depannya sehinggalah dia bersuami.

Lelaki tidak pernah risau akan masa depan sehinggalah dia beristeri.


16. Pujuk Rayu:

Wanita suka dihormati, dipuji, dibelai, dicintai, dihibur, didengar bicaranya dan didampingi.

Lelaki suka menunjuk dan pandai memujuk.


17. Perkahwinan:

Wanita mengahwini lelaki idamannya dengan harapan si suami akan mengubah tabiat sebelum perkahwinan. Selalunya lelaki tidak pernah berubah.
Lelaki mengahwini wanita dengan harapan si isteri tidak akan mengubah tabiat lamanya.... selalunya si isteri akan berubah.

18. Kejayaan:

Lelaki yang berjaya ialah yang dapat mencari lebih banyak wang daripada perbelanjaan isterinya.
Wanita yang berjaya ialah yang dapat mencari lelaki seumpama itu.

19. Rumahtangga:

Wanita tahu segalanya tentang anak-anak – sakit, kawan baik, makanan kegemaran, harapan dan impian
Lelaki selalunya samar-samar tentang perubahan yang berlaku terhadap anak-anak.

20. Menopause:

Lelaki menopause lebih gembira dari wanita menopause.
Wanita menopause mengalami pertambahan berat badan dan kemurungan.
Lelaki menopause selalunya “kembali” muda sambil mencari gadis muda


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...