Halaman

Subscribe Twitter

Tuesday, November 23, 2010

10 Perkara Wanita Lakukan Lebih Baik Dari Lelaki

Mengkagumkan apabila beberapa kajian mendapati wanita lebih baik dalam beberapa perkara.  Berikut senarai 10 perkara kaum Hawa lakukan lebih baik dari kaum Adam.


1.  Pemandu Yang Baik


Mitos mengatakan yang wanita pemandu yang teruk.  77% kematian akibat kemalangan jalanraya terdiri daripada kaum lelaki. Jadi, jika suami anda meminta anda menyerahkan kunci kereta, minta mereka baca artikel ini.


2.  Lebih Arif Tentang Fesyen


Tidak dinafikan wanita lebih memikirkan penampilan mereka.  Sedondon gitu. Kajian mendapati kaum hawa lebih terperinci dalam mentafsir penampilan selepas melihat gaya orang lain walaupun hanya sekali.


3.  Lebih Bekerjasama


Ya, ini berlaku di mana sahaja.Kajian oleh Rolf Kuemmeli dan rakan-rakannya di Edinburgh & Lausanne University menyatakan kaum wanita mempunyai tahap kerjasama lebih dari kali ganda dari kaum Adam.


4.  Tabiat Makan Yang Sihat


Semua orang tahu yang tabiat makan berbeza mengikut jantina. Kita juga juga tahu yang kaum Adam lebih gemar makan makanan yang ringkas dan berasaskan daging. Bagi kaum hawa pula pula, lebih tertupu kepada buah-buahan dan sayuran.


5.  Memperolehi Keputusan Ujian Yang Lebih Baik


Masa itu emas. Wanita lebih menghargai masa. Kajian Vanderbilt University dalam tahun 2006 mendapati wanita memperolehi markah lebih bagus dalam ujian kepintaran berbanding lelaki berdasarkan tempoh masa terhad yang diberi.  Jelas sekali wanita mempunyai tahap pemikiran yang pantas.


6.  Lebih Memahami


   
Bercakap tentang persahabatan, kaum lelaki harus mengakuinya. Kaum Hawa lebih mengerti dalam menterjemah erti persahabatan daripada lelaki. Wanita lebih memahami perasaan sahabat mereka.


7. Skil Komunikasi Yang Tinggi



Telah terbukti yang wanita mempunyai skil komunikasi yang lebih baik dari kaum lelaki. Kajian oleh University of California mendapati 20,000 patah perkataan diproses oleh wanita dalam perbualan berbanding 7,000 patah perkataan sahaja oleh lelaki. Secara biologi, wanita lebih banyak berkomunikasi semenjak lahir.


8.  Pelajar Cemerlang


 

Cuba beritahu siapakah yang pelajar-pelajar cemerlang negara kita setakat ini. Sudah tentu jawapannya wanita. Pelajar wanita lebih berjaya dalam berkongsi idea serta pengalaman dengan yang lain. Oleh sebab itu, mereka dapat belajar dengan lebih berkesan.


9.  Peniaga Yang Berjaya

Kenapa? Tak Percaya? Sepertimana yang kita ketahui, jumlah kaum wanita yang terlibat dalam industri perniagaann sangat sedikit daripada kaum lelaki. Namun harus diingat, jumlah yang boleh dibilang dengan jari itu kesemuanya mencatat keputusan terbaik berbanding lelaki. Kaum wanita boleh memperoleh purata 1.4%  keuntungan saham lebih baik dari lelaki.


10. Mampu Menyerap Tekanan


Terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita dalam menghadapi situasi getir. Wanita lebih gemar berkongsi masalah dengan rakan dan berusaha mendapatkan sokongan apabila tertekan. Melalui cara ini secara psikologinya, mereka mampu menyerap tekanan yang datang. Kaum lelaki pula lebih suka melawan tekanan yang ternyata memberi kesan buruk kepada mereka.



Sudah tentu lelaki adalah yang terbaik dalam kebanyakan perkara. Apa yang saya hendak nyatakan di sini bukanlah wanita itu baik dalam segala bidang, tetapi kaum lelaki tidak harus memandang rendah kemampuan wanita.


2 comments:

andri4healthy said... [Reply to comment]

wanita memang punya kelebihan,,,tapi lelaki juga punya kelebihan,,,^_^

hans said... [Reply to comment]

bagi saya
saya bersifat neutral
tak semua wanita ada 10 kelebihan ini
kadang2 mungkin dalam 10 nih wanita hanya ada 2 atau 3 sahaja daripada yang disenari
bergantung pada seseorang individu itu bagaimana dia dibesarkan dan persekitaran
kadang3 ada juga lelaki yg ada 10 perkara ini
so depends to individual

P/S : Blog Pilihan Malaysia 2010 - Jom Senaraikan Blog Pilihan Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...