Halaman

Subscribe Twitter

Tuesday, November 30, 2010

Personaliti TV Mati Ketika Jalani Pembedahan Plastik


Pihak berkuasa China melancarkan satu siasatan berikutan kematian mengejut seorang penyanyi meningkat naik negara berkenaan ketika menjalani satu pembedahan plastik.

Wang Bei, 24 tahun, bekas peserta “Super Girl” sebuah rancangan realiti mirip “American Idol” meninggal dunia ketika sedang menjalani pembedahan plastik di wilayah Wuhan, ibu negeri Hubei pada 15 November yang lalu. Kecantikannya menjadikan beliau peserta paling popular rancangan berkenaan.

Pihak berkuasa telah mengarahkan jabatan kesihatan di Hubei untuk menyiasat dan mengesahkan perkara berkenaan dan seterusnya mengumumkan keputusan berkenaan siasatan berkenaan kepada umum tanpa sebarang kelewatan.

Wang meninggal dunia ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana diberi ubat pelali untuk menahan sakit. Ketika pembedahan, dia mengalami kekejangan mulut dan mula berdarah menyebabkan dia lemas.

Ibu penyanyi berkenaan yang juga menjalani pembedahan sama di klinik berkenaan ketika dia meninggal dunia. Kematiannya membangkitkan kesedaran tentang bahaya pembedahan plastik.

Permintaan tinggi untuk melakukan pembedahan plastik telah menggalakkan doktor-doktor tidak terlatih melakukan pembedahan yang jelas “berisiko dan tidak bertanggungjawab”, kata Profesor Zhang Huabin, pensyarah di Kolej Perubatan Guangdong.

Moral of the story ialah kalau dah cantik, tak payahlah nak menokok tambah kecantikan itu. Bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...