Halaman

Subscribe Twitter

Tuesday, February 1, 2011

CEGAH KOMPLIKASI TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi bermakna apabila bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmHg atau lebih dan/atau diastolik 90 mmHg atau lebih atau anda mengambil ubat darah tinggi.

Tekanan Darah Tinggi membawa kepada beberapa kesan buruk seperti strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang dan sebagainya
Rawatan di peringkat awal adalah lebih baik bagi mengawal penyakit darah tinggi dan mengelakkan komplikasi





Faktor Penyebab
  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Peningkatan umur
  • Sejarah keluarga
  • Tekanan darah tinggi semasa hamil
  • Merokok
  • Mempunyai penyakit seperti diabetes, kegagalan buah pinggang dan tiroid
  • Tiada senaman
  • Stress
  • Kesan sampingan pengambilan ubat
  • Pengambilan garam berlebihan
  • Pengambilan alkohol berlebihan


Komplikasi
Rawatan awal dapat mencegah komplikasi darah tinggi seperti :
  • Penyakit jantung koronari
  • Serangan jantung’strok / angin ahmar
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Pengerasan arteri (atherosclerosis)
  • Kerosakan mata yang boleh mengakibatkan buta


Pemeriksaan
Pemeriksaan secara berjadual perlu dilakukan. Antara jenis pemeriksaan yang mesti dilakukan:
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Pemeriksaan jantung seperti Echocardiography (ECG), dan X-ray dada
  • Pemeriksaan mata
  • Strok / angin ahmar
  • Pemeriksaan buah pinggang



Gaya Hidup Sihat
  • Amalkan cara hidup sihat – bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu antara 20 – 30 minit setiap kali
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang – kurangkan garam dan lemak, lebihkan sayur dan buah-buahan serta pilihlah makanan yang segar
  • Sasar dan kekalkan berat badan unggul
  • Hentikan pengambilan alkohol
  • Tidak merokok
  • Ambil ubat darah tinggi atas nasihat doktor


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...