Halaman

Subscribe Twitter

Saturday, June 11, 2011

Penyakit Buah Pinggang Kronik

Penyakit buah pinggang kronik berlaku bila seseorang individu mengeluarkan protein berlebihan di dalam air kencing atau mengalami pengurangan fungsi buah pinggang yang ketara. Ini akan mengakibatkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, kekurangan darah, dan kerosakan jantung serta saluran darah.

Terdapat lebih 500 juta individu di seluruh dunia mengalami penyakit buah pinggang kronik.  Secara purata, 1 dalam 10 orang dewasa mengalami penyakit ini.


Penyebab Utama

  • Kencing manis (Diabetis)
  • Darah Tinggi
  • Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)
  • Jangkita kuman
  • Batu karang
  • Penyakit keturunan



Simptom

  1. Ketidakselesaan atau rasa sakit semasa membuang air kecil
  2. Darah keluar bersama-sama air kencing
  3. Perubahan kekerapan membuang air kecil
  4. Sakit belakang
  5. Kerap buang air kecil pada waktu tengah malam
  6. Bengkak pada pergelangan kaki
  7. Sembap di keliling mata yang berlarutan terutamanya pada sebelah pagi

  
Jika anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, anda perlu menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan sama ada berlaku kerosakan atau tidak pada buah pinggang anda. Ingat, pengesanan peringkat awal adalah sangat penting.

Jika tidak dikesan di peringkat awal, buah pinggang anda mungkin menghadapi risiko kerosakan teruk akhirnya. Akibatnya, anda akan memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang. Paling teruk ialah, anda mungkin menghadapi risiko kematian.


Siapa Yang Berisiko?

  • Pesakit kencing manis (diabetis)
  • Pesakit darah tinggi
  • Perokok
  • Orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan



Pencegahan

  • Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protein dalam kencing dan melindungi buah pinggang
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal gula dan kolesterol di dalam badan
  • Berhenti merokok
  • Bersenam
  • Mengawal berat badan


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...